Tuesday, May 20, 2014

Tips Cegah Jangkitan Penyakit Kulit

Terdapat 9 cara yang saya akan kongsikan untuk mencegah jangkitan penyakit kulit

1. Cuci luka setiap masa dengan air dan sabun sabun yang sesuai.
2. Rawat luka dengan krim antibiotik
3. Perhatikan tanda awal jangkitan supaya dirawat awal.
4. Periksa celah jari kaki setiap hari dan rawat jika ada luka, walaupun kecil.
5. Sapu losyen pelembap pada kulit bagi mengelak rekahan atau kekeringan yang menjadi punca bakteria masuk.
6. Lindungi kaki dan tangan dengan kelengkapan sesuai ketika melakukan aktiviti dalam atau luar rumah.
7. Jangan lengah rawatan penyakit kulit yang mudah berjangkit.
8. Jangan hantar anak yang terkena penyakit kulit ke pusat asuhan selagi belum sembuh.
9. Cuci permainan setiap kali digunakan dan sembur dengan antiseptik.

0 comments:

Post a Comment