Wednesday, May 28, 2014

Termakan Khinzir Dalam Coklat Cadbury, Ini Jawapan Dr Asri



PETALING JAYA: Beliau mengulas mengenai isu coklat Cadbury yang baru-baru ini disahkan mengandungi DNA khinzir.


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hari ini bahawa mereka yang termakan khinzir tidak perlu menyamak mulut.


“Seseorang itu tidak berdosa dan tidak perlu menyamak. Tetapi apabila sudah mengetahui coklat itu ada DNA khinzir, janganlah makan coklat itu dengan sengaja,” katanya kepada sebuah portal FMT.

2





Asri turut mengatakan bahawa pihak kerajaan juga tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya lebih berhati-hati ketika memberi pensijilan halal.

Beliau turut menyatakan bahawa jika seseorang itu menyamak, maka dia berlebih-lebihan dalam agama.

“Jika seseorang itu berbuat demikian (menyamak) maka dia bertindak di luar daripada apa yang patut,” katanya.
Menurut Asri, malah isu samak jika terkena khinzir ini terdapat khilaf di antara mazhab.

“Jika seseorang terkena air liur anjing maka wajib samak. Tetapi Imam Nawawi dari mazhab Syafie sendiri mengatakan bahawa kita tidak perlu samak dalam apa segala keadaan.”

Daging khinzir telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa ianya haram dimakan tetapi ia tidak dinyatakan sebagai najis, katanya.

Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.

Pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, telah memberi jaminan untuk menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta. -FreeMalaysiaToday



 

0 comments:

Post a Comment