Saturday, April 12, 2014

Masalah Cirit-Birit

     Anda mengalami masalah cirit-birit? Susah untuk menghilangkannya? Sememangnya masalah ini tidak menyerang kita selalu. Namun apabila diserang cirit-birit ini mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah dan segala rancangan yang telah dibuat pasti akan tergendala.

     Oleh itu, saya sarankan supaya anda mengamalkan petua yang telah tersedia ini. Anda hanya perlu buat bubur nasi dan campurkan sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali sehari sehingga cirit-birit hilang.

     Cara ini boleh menggantikan air garam yang selalu kita dapatkan di klinik atau farmasi.


0 comments:

Post a Comment