Wednesday, April 30, 2014

Gajet Penyebab Sakit Leher

Gejet sememangnya memudahkan seseorang untuk bekerja, berkomunikasi dan berhibur.

Tetapi menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Persatuan Kiropraktik British, empat daripada 10 remaja yang kerap bermain gajet jenis tablet dilaporkan menderita sakit leher dan punggung.

Kajian itu mendapati 23 peratus remaja menghabiskan masa antara dua hingga empat jam sehari untuk menonton televisyen atau menghadap komputer riba dan tablet mereka.

"Terdapat kecenderungan para remaja untuk duduk dalam posisi membongkok ketika menggunakan komputer riba atau tablet.

"Posisi yang dilakukan dalam tempoh lama ini dapat memberikan ketegangan di leher yang kemudiannya turut mengakibatkan kesakitan pada punggung," jelas salah seorang pakar kiropraktik, Rishi Loatey.

Khasiat Bawang Putih

Bawang Putih Lebih Bagus Daripada Antibiotik




Bukan sahaja berguna sebagai rencah dalam masakan, bawang putih juga diketahui memiliki banyak khasiat kesihatan.

Kajian oleh Universiti Washington, Amerika Syarikat menunjukkan bawang putih memiliki 100 kali lebih berkesan berbanding antibiotik.

Hasil kajian yang dimuatkan dalam Journal of Antimicrobal Chemoteraphy itu mendapati, bawang putih sangat efektif dalam mencegah pertumbuhan bakteria.

"Ini membuktikan zat bawang putih boleh mencegah dan mengurangkan bakteria penyebab penyakit," kata ketua penyelidik. Ciaonan Lu.

Selain itu, bawang putih juga meningkatkan jumlah antioksidan dalam tubuh di samping digunakan untuk menyembuhkan luka serta mencagah jangkitan.

Saturday, April 26, 2014

Khasiat Pokok Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau.




Pokok ini dikatakan boleh merawati kanser, apa-apa kanser. Tumbuhan ajaib ini adalah keanugerahan tuhan untuk meringankan kesakitan pesakit kanser dan yang bernasib baik mungkin boleh sembuh 100 %. Pokok ini dikatakan berasal dari negara Thailand. Ia biasanya bertumbuh di ikhlim tropikal. Ia mula dikenali orang-ramai sejak beberapa bulan dahulu kerana didapati ada beberapa orang dapat pulih daripada kanser yang doktor katakan tiada dapat boleh buat apa lagi.


Daunnya boleh dibuat ulam-ulaman.Teh Daun Belalai Gajah juga dikatakan sangat mujarab untuk sakit

kencing manis dan sakit buah pinggang.

Teh Daun Belalai Gajah

Jika ingin beli Teh Daun Belalai Gajah sila call/whatsapp : 0122575845

Saturday, April 12, 2014

Masalah Cirit-Birit

     Anda mengalami masalah cirit-birit? Susah untuk menghilangkannya? Sememangnya masalah ini tidak menyerang kita selalu. Namun apabila diserang cirit-birit ini mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah dan segala rancangan yang telah dibuat pasti akan tergendala.

     Oleh itu, saya sarankan supaya anda mengamalkan petua yang telah tersedia ini. Anda hanya perlu buat bubur nasi dan campurkan sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali sehari sehingga cirit-birit hilang.

     Cara ini boleh menggantikan air garam yang selalu kita dapatkan di klinik atau farmasi.


Salah Satu Cara Untuk Menghilangkan Jerawat

     Kita memang tidak dapat lari daripada masalah jerawat. Ini adalah kerana ianya berkaitan dengan pemakanan, persekitaran dan hormon yang ada dalam badan kita. Jadi, jerawat tetap akan timbul walau macam mana cantiknya seseorang itu.

     Justeru itu, saya ingin kongsikan satu petua dan anda boleh amalkan untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka ataupun badan.

Cara-caranya:-
  1. Ambil bedak sejuk
  2. Campurkan bedak sejuk dengan asam jawa
  3. baca Selawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali
  4. Sapukan pada jerawat
  5. Lakukannya selalu pada waktu pagi dan malam (sebelum tidur)

INSYALLAH, jerawat yang tumbuh itu akan beransur-ansur hilang.

Selamat Mencuba =D