Monday, January 20, 2014

Ketumbit boleh dirawat di rumah dengan menuam benjolan kecil itu beberapa kali sehari


Ketumbit bukan kerana suka mengintai. Ia disebabkan jangkitan kuman yang membiak di akar bulu mata.

Tanda ketumbit


  • Sakit pada kelopak mata
  • Mata berasa seperti berbiji
  • Merah atau bengkak pada kelopak mata



Pencegahan

Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.

Cara melakukan tuaman:-


  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil.
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis.
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup.
  4. Lakukan selama 10 minit.
  5. Ulang dua hingga tiga kali sehari sehingga ketumbit pulih.
Cara membersihkan kelopak mata:-

  1. Ambil cawan atau bekas kecil.
  2. Letakkan satu sudu air bersih.
  3. Campurkan lima titis syampu bayi yang tidak memedihkan mata dan kacau.
  4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi.
  5. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas. (Awas: Elakkan daripada terkena bahagian kornea).
  6. Lakukan dua hingga tiga kali sehari.
  7. Sekiranya kelopak mata terlalu kotor dan berkeruping,basahkan mata sebelum membersihkannya. Ia dapat membantu agar keruping menjadi lembut dan senang untuk dibersihkan.

0 comments:

Post a Comment