Wednesday, December 25, 2013

Asal usul plat kenderaan di Malaysia



Korang tau tak kenapa plat kereta negeri Perak mula dari A, Selangor B, Pahang C dan lain - lain, kalo korang nak tahu semua tu ada sejarahnya sendiri...tapi korang kena bacalah artikel ni...
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?


Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.





Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.



Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan


ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M--GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Nombor plat khas


  1. Putrajaya

  2. Proton

  3. WAJA

  4. Persona

  5. Tiara

  6. Perdana

  7. Satria

  8. Chancellor

  9. Perodua

  10. NAZA

  11. LOTUS

  12. KRISS

  13. Jaguh

  14. BAMBee

  15. SUKOM

  16. X OIC

  17. XIII NAM

  18. XI ASEAN

  19. XXX IDB

  20. G1M

  21. 1M4U

Saturday, December 21, 2013

Tesco Kelantan

 - TESCO peruncit ketiga terbesar dunia selepas Wal Mart dan Carrefour.

- TESCO KELANTAN setiap hari minggu memungut lebih RM1juta

- TESCO KELANTAN adalah Tesco pertama dunia ditutup sepanjang waktu solat Jumaat.

-TESCO KELANTAN adalah Tesco pertama dunia yang tidak menjual arak.

- TESCO KELANTAN menyediakan tempat solat yang cukup selesa.

- Hanyalah TESCO KELANTAN yang mempamerkan tulisan

“Ta, ya, sin, kaf, wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU

Friday, December 20, 2013

Hukum Berkaraoke



Apa itu karaoke?

Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus one seperti yang terdapat dalam video karaoke.

Hukum Berkaraoke

Berkaraoke di rumah. Jika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak haram, lirik tidak haram dan sebagainya.
Jika anak-anak perempuan sedang menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram. Sama jugalah jika berkaraoke di pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar bilik. Jadi, kita perlu renungkan semula.
Selain itu, muzik yang kita nyanyikan, jangan sampai ia menggangu jiran sebelah kata ustaz Azhar Idrus.

Ramai juga yang ingin tahu apakah sebenarnya hukum nyanyi karaoke ni? Alhamdullilah, soalan ini pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus. Mari kita dengar dan baca ulasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berkaraoke.
Soalan – Bolehkah kita berkaraoke di rumah bagi menghiburkan hati tanpa bergaul dengan lelaki dan perempuan? Apa hukumnya ustaz?

Thursday, December 19, 2013

Hanako-San

Hanako-san - seorang gadis muda menyeramkan yang telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.

Ia bukan sesuatu yang misteri untuk sekolah mempunyai tandas yang telah diduduki oleh gadis misteri ini , yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia selalunya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga biasanya tandas perempuan . 

Datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek.Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Hanako-san biasanya akan mengetuk pintu (biasanya tiga kali), memanggil namanya, dan bertanyakan soalan yang tertentu. 

Soalan yang paling biasa adalah hanya "Adakah anda di sana, Hanako-san?" Jika Hanako-san benar-benar wujud, katanya dengan suara yang lemah, "Ya, saya di sini." Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika hanako-san didalamnya akan ditarik ke masuk ke dalam tandas.Cerita mengenai hanako-san ini terdapat dalam banyak versi . 

Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa hanako-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita-cerita yang mendakwa dia adalah hantu gadis era Perang Dunia ke 2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Cerita-cerita lain mendakwamati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorok didalam tandas bertahun-tahun. Dalam sesetengah kes, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari Fukushima wilayah, sebagai contoh, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan).



PETUA MENGUBATI RESDUNG

Limau nipis 8 biji.. Daun pandan 10 helai hiris halus macam bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan sampai sebati.. New chemical akan terbentuk.. Sapu di muka.. Kalau sesuai.. Tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling banyak akan keluar ikut kening.. Kalau sangkut tarik jer ulat tu..

Buat 3 kali seminggu.. Elok antara jam 10.00 a.m -3.00 pm sebab virus tu tengah aktif.. Campuran lebih boleh simpan dalam peti ais.. Tapi tak se-efective yang fresh.. Elok letak kain hitam atas paha masa sapu sebab ulat ni attacted to black cloth... Kain hitam.




Tuesday, December 17, 2013

Salji Turun Di Mesir Bukan Petanda Kiamat



Kejadia salji turun di Mesir bukanlah satu petanda kiamat...

Ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai".

Sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. Oleh itu  hati-hati dalam memberi maksud hadis.

Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.

Antara gambar-gambar Mesir yang dituruni salji




Wednesday, December 4, 2013

Cinta

Cinta itu seperti sabun mandi ,
Bila selalu gunakannya ,
Makin kurang bau wangi .

Cinta juga seperti sambal belacan ,
Walaupun pedas ,
Tapi masih menikmatinya .


Cinta juga seperti pisang goreng ,
Ianya enak dimakan ketika masih panas ,
Apabila ia sudah sejuk ,
Ia tak enak untuk dimakan ....

Hanya sekadar untuk berhibur =D

Ujian dari ALLAH



Di antara ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah sunah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu dan bapa.

Dlm hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg pening kerana kenakalan anak murid. Ada pula yg gelisah kerana perbuatan org lain. Itu semua adalah ujian yg diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yg terbaik amalanya.

Firman ALLAH di dalam surah al-Kahfi, ayat 7 yg bermaksud:-

"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

Sabar sebahagian daripada iman . Sabar sebenarnya tiada batasnya...