Thursday, November 28, 2013

Jangan bunuh semut !

Nabi SAW pernah berpesan, kalau ternampak banyak semut di dalam rumah, ucaplah;

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s,
Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya. 
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat.


Jadi, kalau nampak puak-puak semut di dalam rumah, janganlah dibunuh dengan menyembur racun serangga atau membakar semut-semut atau sarangnya sekali.




Tegurlah mereka dengan salam ke atas Nabi Sulaiman a.s seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Semut juga merupakan salah satu binatang yang namanya disebut di dalam Al-Quran selain dari lebah. Kisah semut terdapat di dalam Al-Quran Surah An-Naml (ayat 18-19);



(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".


Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". 
Hadis juga ada menyebut tentang larangan membunuh semut-semut ini.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: 

" Ketika salah seorang para nabi duduk berehat di bawah pokok, seekor semut telah menggigit beliau. Kemudian dia memerintahkan bungkusannya dipindahkan dari bawah pokok tersebut dan memerintahkan sarang semut itu dibakar. Lalu Allah menurunkan wahyu: 'Adakah mencukupi dgn membakar hanya kerana seekor semut yg mengigitmu'?
(Hadis Riwayat Bukhari) 

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah 
(Hadis Riwayat Abu Daud)  

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, dapat difahami bahawa kita dilarang membunuh semut. Semut yang dilarang bunuh itu ialah semut besar (semut Al-Sulaiman) kecuali ada alasan yang munasabah. Akan tetapi, semut-semut kecil yang selalu menganggu dan merosakkanboleh dibunuh.

Ada juga yang berpendapat bahawa membunuh semut bukan dengan cara membakar tetapi dibolehkan dengan menggunakan racun serangga.


Haram makan dan minum dalam bejana daripada emas dan perak

Hukum menggunakan bejana emas dan perak adalah haram berdasarkan nas dan ijmak ulama.

Sabda Rasulullah SAW:

لا تشربوا في آنية الذهب والفضة ولا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولكم في الآخرة

"Janganlah kamu minum dalam bejana daripada emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan yang terbuat daripada keduanya. Sesungguhnya ia adalah untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu di hari akhirat".

(Hadis Yang diittifaq kesahihannya dari jalan Huzaifah)

Rasulullah SAW juga telah bersabda:

الذي يأكل ويشرب في آنية الذهب والفضة إنما يجرجر في بطنه نار جهنم 

" Orang yang makan dan minum dalam bejana daripada emas dan perak, maka sesungguhnya api neraka jahannam yang menggelegak dalam perutnya".

(Hadis yang disepakati kesahihannya diriwayatkan oleh Ummu salamah dengan lafaz imam Muslim)

Maka emas dan perak adalah diharamkan berdasarkan nas hadis untuk dijadikan bejana sama ada untuk makan, minum, berwuduk ataupun mandian. Haram juga menjualnya. Haram juga apa yang berkaitan dengan bejana seperti dulang, pelapik cawan dan sebagainya.

Maka wajib ke atas setiap muslim mengelakkan pembaziran dan bermewah-mewah dengan harta benda. Jika kaya sangat, baik gunakan kekayaan tersebut untuk membantu golongan fakir miskin. Ada orang yang berhajat maka gunakan kekayaan itu untuk mereka. Ada anak muda yang tam mampu berkahwin, maka bantulah mereka. Bukan dengan cara bermewah-mewah dan melampau dalam memperlihatkan kekayaan. 

Tuesday, November 26, 2013

Terowong Bawah Laut Terdalam Di Dunia

Terowong bawah laut terdalam di dunia




Turki akan membina terowong bawah laut Bosphorus bernilai 3 billion euro (RM 12.89 billion) di bawah bandar Istanbul yang menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Ia merupakan antara projek mega yang dicadangkan sebagai laluan kemasukan utama ke bandar negara yang berteraskan kerajaan Islam.

Terowong sejauh 13.6 km yang bakal dilengkapi dengan tiub terowong itu disifatkan oleh pegawai kerajaan mereka sebagai yang paling dalam di dunia dengan 60 meter di bawah dasar laut.

Pembinaan projek itu juga dijalankan sempena dengan tarikh ulang tahun ke-90 pembentukan negara Turki moden.

Turki akan meraikan dua perkara besar pada masa yang sama serentak.

Terowong ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman bagi mewujudkan laluan sepanjang 76 km sebagai penghubung kepada dua benua berkenaan.

Sumber


Mengapa Anjing Dan Kucing Selalu Bergaduh ?

Mengapa Anjing & Kucing Selalu Bergaduh ??


~Anda pernah ternampak anjing dan kucing bergaduh ?
~Anda tahu mengapa mereka bergaduh ?

Kucing dan anjing bergaduh kerana :-

1) Masing-masing berebut gelaran haiwan yang paling suka dibela dan disayangi oleh manusia. 

2) Kucing lebih mahir memanjat jadi anjing rasa cemburu dan tidak berpuas hati

3) Kucing tidak mampu menjaga rumah dan sentiasa iri hati pada anjing yang boleh membuat begitu. 

4) Anjing cukup marah kerana sentiasa terpijak tahi kucing yang tertanam dalam tanah. 

5) Anjing dan kucing pernah berkawan baik tetapi terputus sebab berlainan darjat.


Mungkin itu sebabnya ......

Monday, November 25, 2013

Cara-cara untuk mengenal pasti smartphone SAMSUNG yang original

Cara-cara Untuk Mengenal Pasti Smartphone SAMSUNG yang original 


1. Dail *#0*#
2. klik 'sensor'
3. klik image test

kemudian ia akan keluar gambar :-

Original = gambar anjing
Taiwan 2nd class = gambar handphone
Cina low class = gambar yang lain-lain keluar